KALAH tidak sama dengan MENGALAH. Tetapi di kalahkan. Mengapa kita kalah?
Dalam sesuatu pertandingan beradu kekuatan kita kalah kerana kita tidak kuat. tidak banyak tenaga dan kurang helah dan kita terlalu lemah dibandingkan dengan lawan.
Dalam pertandingan nyanyian kita kalah kerana kita tidak mempunyai suara yang baik dan nyaring. nafas kita tercungap. Lagu kita sumbang Irama kita lari dari tempo. Kata juri pitching lari! tarian dan gaya persembahan tidak memikat. Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang jongkit!.. Itulah kita.
Dalam pertandingan berbahas kita kalah kerana kita kurang idea yang bernas, menarik dan logik. Kita tidak petah dan gagap. Kita guna idea dan hujah lapok. Kita guna tajuk yang tidak popular dan mendapat tepukan gemuruh. Kita tidak pandai berjenaka tiada unsur humor yang menjadi bahan ketawa yang berilmu. Bukan slapstick!
Dalam pertandingan bolasepak kita kalah kerana kita kurang latihan. Kita kurang cergas. Permainan kita ikut cara lama. Kita tidak pantas berlari. Kita kurang vitamin dan stamina. Kita tidak ikut strategi jurulatih. Tidak ada kerjasama sebagai sebuah pasukan dan kita menyalahkan antara satu sama lain apabila gol dibolosi. Tiada semangat untuk terus berjuang walau ketinggalan.
Dalam pertandingan realiti TV yang memerlukan undian orang ramai, kita kalah sebab kita tidak popular. Mungkin kita selekeh!. gaya dan cara kita yang nampak ego, sombong dan bongkak buat orang tidak suka dan tidak undi kita. Kita kelihatan tidak menghormati rakan seperjuangan. Tidak ada peningkatan dalam mencari ilmu dan perkara baru. Tidak ikut cakap guru. Tidak mahu memperbaiki kelemahan yang ditegur.
Didalam politik kita kalah bila pengundi tidak undi kita. Senang saja. banyak undi menang! Kenapa kita kalah?. Sebab orang tak undi kita. Kita orang tak undi kita?. Sebab kita macam lagu " Bangau Oh Bangau.. ". MEMANG MAKANAN AKU.
Kita selalu dengar ucapan atau kata-kata yang mengatakan KITA KALAH BUKAN KERANA LAWAN LEBIH KUAT TETAPI KITA YANG TIDAK POPULAR. Kalau pengundi dan rakyat pentingkan populariti kita kena cari jalan untuk jadi popular.. Nak popular ni ada bermacam-macam cara. Kena belajar. Bukan mengharap ihsan dan ehsan ketua kita atau orang yang melantik kita atau parti kita. Ia bergantung pada diri kita bagaimana kita nak popular. Bukan semua orang baik boleh popular... orang jahat juga boleh popular. Orang yang menabur janji kosong juga popular.
Kalau orang yang jelas mempunyai peribadi yang jelik dan tidak baik disisi agama pun boleh popular kenapa kita tidak boleh? Kita tidak boleh dan terus menjadi tidak boleh andai kita sendiri tidak yakin akan kebolehan kita dan sentiasa berbisik kepada diri sendiri yang kita tidak boleh! Jadi, belajarlah strategi dari orang jahat yang popular tetapi jangan ambil idea jahat nya kerana mengikut yang membuta tuli sememangnya telah buta dan tuli sedangkan anda mempunyai pengikut yang celik bijak bistari! Ia sama seperti membaca komik kartun. Isi dan ilmu tidak ada yang hebat dan boleh menjadi panduan tapi ia tetap laku dan dibeli orang sebab atau unsur humor dan menghiburkan hati. Jadi, imej kartun bukanlah sesuatu yang baik tetapi tetap diminati.

Siapa dia Rakyat?. semua warganegara dan manusia yang bernyawa yang menghuni mayapada ini. Semua negara ada rakyat. Semua negara ada manusia. Lagi ramai manusia lagi banyak ragam. lagi banyak ragam lagi banyak asam dan garam! Tidak semua pemimpin dapat menangani hati rakyat. Tidak semua pemimpin ada masa untuk mendampingi rakyat. Dsinilah peranan semua orang yang ada cita-cita untuk menjadi pemimpin atau mereka yang diamanahkan untuyk memimpin. Dekati hati rakyat bukan bermakna setiap masa perlu berjumpa rakyat.
Seorang penyanyi popular di Amerika ada berjuta peminat diselurah dunia. Adakah dia kenal peminat dia?. Adakah dia berjumpa semua peminat dia? Adakah dia belanja makan semua peminat dia?. Tepuk dada tanya selera.
Bicara Sahar Rahman
No comments:
Post a Comment