Sekapur Sireh



ASSALAMUALAIKUM WA-RAHMATULLAHI WA- BARAKATUH.

Semua Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli UMNO Cawangan Damai Indah Cheras yang saya muliakan dan saya kasihi. Syukur kita kehadrat Ilahi kerana diatas inisiatif Ketua Penerangan Cawangan kita telah pun mempunyai blog sendiri. Semoga dengan adanya blog ini " Buletin UMNO Damai Indah Cheras / BUDI " akan memberi manfaat kepada semua ahli untuk menyemak dan mengemaskini senarai ahli dan alamat mereka. dari blog ini juga diharap mampu untuk ahli-ahli semua berinteraksi dengan Ahli Jawatankuasa dan memberi apa-apa cadangan yang baik bagi kemajuan UMNO Damai Indah Cheras. Cadangan yang tuan-tuan dan puan-puan kemukakan disini akan disiarkan dan disalurkan kepada saya oleh saudara Ketua Penerangan bagi perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

Tuan-tuan dan Puan-puan ahli sekelian. Disini sukacita saya ingin menekankan kata-kata Hang Tuah Pahlawan Terbilang bahawa  "Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia ".Memang benar Melayu tidak akan hilang di dunia sebab masa itu beliau dan orang-orang Melayu begitu setia kepada pemimpin mereka dan hidup di dalam bersatu padu. Saya yakin dan percaya Melayu tidak akan hilang di dunia malah akan terus unggul selalu sekiranya kita dapat bersama-sama menjadi ahli UMNO yang setia lagi bertanggungjawab dengan mempunyai perjuangan dan matlamat yang sama, ingin mendaulatkan martabat agama Islam, orang Melayu dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama bangkit melakukan transformasi minda politik kearah memahami perjuangan yang bagaimana perlu kita lakukan secara berterusan. Diperingkat awal dahulu orang-orang UMNO berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita ini. Sekarang perjuangan kita adalah untuk mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang ada terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. dan membina kekuatan politik, ekonomi dan sosial Orang Melayu. Untuk membina kekuatan politik kita mestilah berusaha keras memastikan kemenangan kesemua kerusi yang orang UMNO bertanding dalam pilihanraya kecil dan umum. Kita perlu membina kekuatan ekonomi Orang Melayu melalui mempertingkatkan taraf pendidikan, bekerja dengan lebih baik dan tekun, membuat simpanan dan pelaburan jangka panjang, berniaga dan mengamalkan pengurusan kewangan berkesan. bagi membina kekuatan sosial pula kita perlu membina keluarga bahagia, mempertingkatkan taraf kehidupan, membina dan mengamalkan akhlak yang mulia dalam semua keadaan dan membina perhubungan yang erat dan rasa bertanggungjawab sesama Orang Melayu.

Akhir sekali marilah kita semua menjadi ahli UMNO yang setia dan bernilai, bergerak seiring dan senada dengan pemimpin-pemimpin UMNO, sama ada diperingkat Cawangan, Bahagian, Negeri mahupun Peringkat Pusat. Marilah kita sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia.

Sekian, Wa-Billah hitaufik walhidayah,wassalamualaikum wa-Rahmatullahi wa-Barakatuh.

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT.

NOORIDIN BIN IBRAHIM, PJK
KETUA UMNO
CAWANGAN DAMAI INDAH CHERAS
(@ AJK UMNO BAHAGIAN SERDANG, SELANGOR


************************************************************************






SEKALI PAPAN KEKUNCI DIKETUK......

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan Inayah Nya juga maka saya dapat melahirkan inspirasi bagi menyiapkan blog ini sebagai wadah dan amanah untuk dimanfaatkan oleh semua ahli UMNO Cawangan mahupun berkongsi pendapat dan idea secara rasional dan ilmiah dengan memasuki ruang komen samada sesama ahli cawangan atau ahli UMNO diserata ceruk Tanah Air.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Cawangan iaitu saudara Nooridin Ibrahim yang memberikan kepercayaan dan membenarkan Blog ini dilahirkan.

BUDI - atau singkatan dari  "Buletin UMNO Damai Indah " diharap menjadi satu flatform kepada semua ahli untuk berkongsi ilmu dan memberikan pendapat dan berkomunikasi sesama ahli dalam ruang sembang yang dibina secara terbuka. Ini bermakna apa yang anda sedang bicara diperhatikan oleh sesiapa saja yang membuka Blog BUDI.

Didalam Buletin UMNO Damai Indah juga saya sisipka beberapa Berita dan Sejarah UMNO dan kepimpina dan dasar-dasar kerajaaan sebagai ONE STOP CENTRE dimana  semua maklumat tersebut boleh dibaca atau diakses secara langsung.  Terdapat beberapa  link atau rangkaian ke Blog atau laman Web yang dirasakan dapat memberi manfaat kepada semua terutama bagi mereka yang ingin menyemak Daftar Pemilih atau ke Web UMNO Bahagian Serdang.

Saya berharap maklum balas dan sumbangan dari tuan-tuan dan puan akan memberikan semangat kepada saya untuk terus memperbaiki isi kandungan Blok Kita ini.

Sekian, terima kasih

MENABUR BUDI, MENUAI BAKTI

ABU SAHAR BIN ABDUL RAHMAN
KETUA PENERANGAN
UMNO CAWANGAN DAMAI INDAH CHERAS
SELANGOR DARUL EHSAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...