Saturday, April 9, 2011

SANG SAKA BANGSA - Nama Baru Bendera UMNO

Sang Saka Bangsa




Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO ke 60, 11 mei 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Idea menamakan Bendera UMNO ini telah dicetuskan oleh Pemuda UMNO.
Dalam proses menamakan bendera ini, Pemuda UMNO telah mendapatkan pandangan daripada orang ramai termasuk golongan veteran UMNO seperti Pengerusi Veteran UMNO Datuk Tajuddin Ali, Tan Sri Aziz Tapa, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Firdaus Abdullah, Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, wakil Wanita dan Puteri UMNO.
Nama untuk bendera UMNO ini merupakan satu lakaran sejarah kerana 60 tahun dahulu pada 29 Jun 1946, persidangan kedua Majlis Agung UMNO di Dewan Bandaran Ipoh, Perak telah menerima cadangan bendera UMNO oleh Persatuan Ikatan Setia Kg. Baru, Kuala Lumpur.
“Sang” adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.
“Saka” pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.
Manakala “Bangsa” membawa maksud “Orang Melayu” yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.



Peristiwa bersejarah UMNO ditertubuh di Istana Besar Johor. Barisan hadapan, ditengah (berkaca mata hitam) ialah
DYTM Tunku Mahkota Johor, mewakili DYMM Sultan Johor
mencemar duli merasmikan konvensyen dimana UMNO lahir ini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...